Tuesday, April 21, 2009

Lamanya aku menyepi.....

Biasanya pd 20hb setiap bulan, aku akan melalui satu fasa yang dinamakan period. Namun, walau sudah 5 hari berlalu, namun fasa itu tak juga ku alami... Kenapa ni? Tiba-tiba aku menjadi mudah menangis, sedih dan yang paling teruk, aku rasa nak muntah bila teringatkan perkara yg paling aku suka buat iaitu membuat kek. Betul2 aku nak muntah teringat kek coklat yang biasa aku buat.. Alamak, kenapa ni? adakah aku mengandung? Tanpa membuang masa, aku ke farmasi, membeli pregnancy test kit dan hasilnya adalah positif..Ya! Aku pregnant. Bagaikan tidak percaya kerana aku baru merancang untuk pregnant, namun telah diberi rezeki olehNya. Kerana terlalu tidak percaya, aku membeli lagi test kit, tapi kali ini brand lain. Dan jawapannya positif... perasaan bercampur baur, gembira dan tidak percaya. Excitednya bagaikan mengandung kali pertama. Begitu juga dengan suamiku. Begitu teruja. Alhamdulillah..syukur padamu ya Allah. Anakku antara orang yang paling gembira sekali kerana memang dah lama dia nak sangat adik buat kawan bermain. Bermula dari detik itu la, habis sunyi sepi blog aku, facebook dan juga YM. Aku langsung tak boleh mengadap PC. Teringat pun nak muntah. tempat paling ku benci adalah dapur. Kesian suami dan anak, lama makan di kedai sebab dapur tak berasap..
Kini setelah kandungan ku berusia 12 minggu, barulah aku rasa lega sedikit. Rasa mual & nak muntah masa ada namun terkawal. Cuma gastrik yang masih belum ok. Sejak pregnant, gastrik makin teruk, doktor kata semasa pregnant, perut akan keluarkan asid yg lebih banyak dari biasa. So, perut aku memang tak boleh melahu, nak diisi selalu..huhu...jika tidak memang sakit la perut..
Memang berbeza alahan pregnant kali ini. Yang pertama dulu, sikit jer alahan. Kali ni memang teruk sikit. Apapun, aku kena kuat dan sabar.. Segala yang Allah beri ni, walaupun sakit, sebenarnya suatu nikmat. Syukur padamu ya Allah.. Semoga aku dapat menjalani kehamilan ini dengan tenang dan dapat melahirkan dengan selamat. Mudah-mudahan..Amin..

2 comments:

  1. Sam, memang lama sungguh ko hilang...pe2 pun tahniah, semoga kandungan ko selamat dan sihat selalu. Jgn lasak2 sangat. Dah x mabuk2 nnt masuk dapur balik eh.....banyak resepi aku nak tanya ni...hu hu hu...

    ReplyDelete
  2. Sam penat aku tgu ko updet....xpe3 lps dh ok ni dh x mual3 semua ko online semula tau. Syg ko

    ReplyDelete