Monday, February 23, 2009

Dinner for tonight

Erm...bila hari-hari masak, kadang2 sampat dah tak tau nak masak apa. Nasib baik ada internet, so itulah tempat paling utama menjadi rujukan bila dah tak tau nak masak apa.. so, petang td jalan terjumpa resepi sotong goreng tepung. Maka ini lah menu ku sekeluarga malam ni.

Sotong goreng tepung itu di makan bersama nasi goreng kampung..Di sini saya sertakan resepi sotong goreng tepung sahaja memandangkan resepi nasi goreng semua orang pun tahu buat kan...

Resepi Sotong Goreng Tepung
5 ekor sotong saiz sederhana
Sebiji telur
3 sudu maakan tepung naik sendiri
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Sedikit air

Cara-caranya:
1. Pukul telur
2. Masukkan tepung, garam, lada sulah.
3. Masukkan air dan gaul sebati.

Masukkan sotong yang telah dibasuh, dipotong dan ditos airnya ke dalam batter tadi.
Panaskan minyak, dan goreng sehingga masak dengan api yg kecil supaya tidak meletup.
Selamat mencuba...

2 comments:

  1. yay! dpt gak comment...dah berhari3 try xleh..hampeh tol blogspot.

    sam, tu sotong ke yg montel3 gumok3 tu..ingatkan ayam hehe...

    ReplyDelete
  2. Ha'ah...penat aku taip...x leh komen..Mengong cam blog aku gak...

    Sotong tu celup je terus kat tepung tu eh sam...pastu tepung tu pekat2 ke cair2...
    nak test gak nanti...

    ReplyDelete