Tuesday, April 21, 2009

Selamat Ulang Tahun Ku yang ke 30

Alhamdulillah. Syukur kerana masih dipanjangkan usiaku setahun lagi. Semalam (20hb April 2009)hari ulangtahun ku yang ke 30. Dah tua rupanya. Terima kasih kepada semua family & kawan-kawan yang sudi memberikan ucapan samada melalui sms ataupun facebook. Terima kasih banyak-banyak. Semoga ikatan persahabatan kita akan kekal sampai bila-bila.
Buat suami & anakku, terima kasih atas kasih sayang yang diberikan. Semoga keluarga kita sentiasa di rahmati Allah dan berbahagia sampai akhirat. Amin.

Lamanya aku menyepi.....

Biasanya pd 20hb setiap bulan, aku akan melalui satu fasa yang dinamakan period. Namun, walau sudah 5 hari berlalu, namun fasa itu tak juga ku alami... Kenapa ni? Tiba-tiba aku menjadi mudah menangis, sedih dan yang paling teruk, aku rasa nak muntah bila teringatkan perkara yg paling aku suka buat iaitu membuat kek. Betul2 aku nak muntah teringat kek coklat yang biasa aku buat.. Alamak, kenapa ni? adakah aku mengandung? Tanpa membuang masa, aku ke farmasi, membeli pregnancy test kit dan hasilnya adalah positif..Ya! Aku pregnant. Bagaikan tidak percaya kerana aku baru merancang untuk pregnant, namun telah diberi rezeki olehNya. Kerana terlalu tidak percaya, aku membeli lagi test kit, tapi kali ini brand lain. Dan jawapannya positif... perasaan bercampur baur, gembira dan tidak percaya. Excitednya bagaikan mengandung kali pertama. Begitu juga dengan suamiku. Begitu teruja. Alhamdulillah..syukur padamu ya Allah. Anakku antara orang yang paling gembira sekali kerana memang dah lama dia nak sangat adik buat kawan bermain. Bermula dari detik itu la, habis sunyi sepi blog aku, facebook dan juga YM. Aku langsung tak boleh mengadap PC. Teringat pun nak muntah. tempat paling ku benci adalah dapur. Kesian suami dan anak, lama makan di kedai sebab dapur tak berasap..
Kini setelah kandungan ku berusia 12 minggu, barulah aku rasa lega sedikit. Rasa mual & nak muntah masa ada namun terkawal. Cuma gastrik yang masih belum ok. Sejak pregnant, gastrik makin teruk, doktor kata semasa pregnant, perut akan keluarkan asid yg lebih banyak dari biasa. So, perut aku memang tak boleh melahu, nak diisi selalu..huhu...jika tidak memang sakit la perut..
Memang berbeza alahan pregnant kali ini. Yang pertama dulu, sikit jer alahan. Kali ni memang teruk sikit. Apapun, aku kena kuat dan sabar.. Segala yang Allah beri ni, walaupun sakit, sebenarnya suatu nikmat. Syukur padamu ya Allah.. Semoga aku dapat menjalani kehamilan ini dengan tenang dan dapat melahirkan dengan selamat. Mudah-mudahan..Amin..

Monday, February 23, 2009

Dinner for tonight

Erm...bila hari-hari masak, kadang2 sampat dah tak tau nak masak apa. Nasib baik ada internet, so itulah tempat paling utama menjadi rujukan bila dah tak tau nak masak apa.. so, petang td jalan terjumpa resepi sotong goreng tepung. Maka ini lah menu ku sekeluarga malam ni.

Sotong goreng tepung itu di makan bersama nasi goreng kampung..Di sini saya sertakan resepi sotong goreng tepung sahaja memandangkan resepi nasi goreng semua orang pun tahu buat kan...

Resepi Sotong Goreng Tepung
5 ekor sotong saiz sederhana
Sebiji telur
3 sudu maakan tepung naik sendiri
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Sedikit air

Cara-caranya:
1. Pukul telur
2. Masukkan tepung, garam, lada sulah.
3. Masukkan air dan gaul sebati.

Masukkan sotong yang telah dibasuh, dipotong dan ditos airnya ke dalam batter tadi.
Panaskan minyak, dan goreng sehingga masak dengan api yg kecil supaya tidak meletup.
Selamat mencuba...

Tag from QIM

5 Romance movie i like..

1. You have to point out 5 romantic movies that you would love to share with your loved ones.
2. It doesn't have to be in order.. as long as you love the movies, it will be fine.
3. You have to tag another 5 person to answer this tag.

Alamak, romance movie? Frankly speaking, i'm not the one yang banyak menonton movie but still ada la jugak movie2 yang romantik pada mata ku ini.

1. My Best Friend's Wedding
Cerita ni rasanya more to comedy, but lagu2 dalam ni memang syok. Really love the parts yang nyanyi2 tu..ahh..syoknya tengok cerita ni......

2. Cinta 3 Musim


Hahaha..nak gelak sebab maybe ramai yg langsung tak tau agaknya pasal cerita ni sebab dia bukan movie yg keluar kat wayang. Cerita ni pelakon utamanya aqasha & amy mastura. Ada 3 cd, musim pertama, kedua & ketiga. Banyak kali dah tengok cerita ni ulang2 sebab memang terhanyut la dlm cerita ni..& best part dia bila banyak suprise dlm cerita ni....

3. Needing You - lakonan Andy Lau & Sammi Cheng



Filem Hong Kong tahun 2000 ini memang sebuah filem yg menarik, komedi dlm masa yang sama juga romantik. Berkali-kali menonton pun tak jemu. Ada sesiapa pernah tengok tak filem ni? Best & kelakar kan...

Dapat 3 je la...lg 2 kang pikir lagi k.. kalau dpt saya akan upload...

Thursday, February 19, 2009

Sambungan cerita lamb chop & Air Teh C Special


Post pasal lamb chop tu, atas permintaan ini lah dia rupa sos L&P & seasoning yang digunakan.



Punya la panas hari ni. Semalam, kelmarin pun panas gak. Memang tgh musim panas la sekarang ni kan. So, bila panas ni, tekak mula la gatal nak minum fresh oren la, ais kacang Mahkota Parade la( u shud try once, memang sedap giler, very classic taste),ice blended la...ish..kalau dah haus memang macam2 terbayang. So, sebab semu2 tu memang takde kat umah, buat je la apa yang dapat mengikut bahan yang ada kt umah. Maka, terjadi la Air Teh C-Special. Pergh..dia punya rasa memang superb. Try la wei...senang jer resepinya.....

Teh C-Special
Beberapa sudu air gula melaka
Susu cair
Ais
Air teh yang di masak diatas dapur

1.Masukkan air gula melaka.
2.Masukkan ais.
3.Tuang susu cair secukupnya.
4.Tuang air teh perlahan2 di tepi gelas secukupnya.
5.Ambil gambar.
6.Godak & selamat minum...Memang sedap.........

Wednesday, February 18, 2009

Lamb Chop versi sam-adam

Husband memang suka makan lamb. So, isterinya dengan penuh keikhlasan pun memasak lamb chop sebagai tanda cintanya pada sang suami..huhu....Tp bukan lah version yg perfect mcm kat restaurant2 terkemuka tu...Ini versi hentam saje-la oleh si isteri...




So, di sini ku tepekkan resepinya sebagai rujukan di masa depan...
Untuk lamb
Bahan2 perap:
sedikit garam
sos L&P secukupnya
serbuk paprika sesukanya
serbuk kari sesukanya
seasoning herbs
lada hitam ditumbuk sedikit
sedikit sos cili

perap lebih kurang 4 jam sebelum di bakar di dalam oven. Bakar sehingga masak ye dagingnya...

Bahan2 sos
Sepeket suop cendawan segera campbell
setengah botol sos lada hitam
2 sudu sos L&P
lada hitam yang di tumbuk (jika suka pedas)
air secukupnya

semua bahan di masak sehingga mendidih, tambah la apa yang patut mengikut citarasa sendiri seperti garam & gula.

Bahan2 side dish (ikut versi sam-adam yer seperti di gambar)
Spagheti bolognese
Salad
kacang peas (ye kot kalau tak silap)
kentang rebus

Ok, selamat la mencuba resepi di atas. Jika dah cuba, nama kena tukar yer ke lamb chop versi anda sendiri...

p/s: Husbandnya respond sgt2 memberangsangkan. Dia bagi A utk version campak2 ni...

Wednesday, February 11, 2009

Pening...

Aduss..pening kepala aku memikirkan nama blog yang sesuai untuk aku memulakan bisnes cake aku ni. kawan-kawan, bagi la idea kat aku. kalau dapat nama2 yang cantik & menarik untuk diingat dan disebut. bagi idea yang terpilih, aku akan belanja orang tu makan kek yang aku buat. tapi orang tu kena la datang melaka untuk ambik hadiah dia sebab kek tak leh pos, nnti berterabur la semua..hihihi..
So, ur big idea are most welcome my friends...
I've got "sweetlittlecakeshop" in my mind right now. Is that name ok? Give me ur opinion k. Thanks in advance everyone....